Temuduga JAD MJHEP

Assalamualaikum :)

Temuduga JAD MJHEP ni untuk projek biasiswa kejuruteraan mekanikal & elektronik selama 5 tahun [3 tahun di Malaysia + 2 tahun di Jepun] tajaan sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran Mara [YPM]. Sebelum sesi iv mula, ada pegawai YPM yg bgi brief dulu. 
             
                  * pelajar akan dapat buku dan duit poket sebanyak RM450 semasa di Malaysia
                  * kemudahan belajar di situ cukup lengkap
                  * akan dapat 1800 yen ketika belajar di Jepun, ikut juga belajar di kawasan bandar dapat lebih sikit berbanding pedalaman
*YPM letak pelajar di tempat yg tak bnyak sngat gejala sosial. sosial itu penting tapi ada yg jenis bad and good. jadi, YPM nak mereka involve in good social.
*belajar di jepun, so totally in bahasa jepun
*lecturer yg mengajar di Malaysia juga boleh cakap dalam bahasa jepun
*pelajar JAD MJHEP tidak terikat untuk bekerja dengan mereka selepas graduate
* sem 1 agak busy sebab kelas pagi petang malam, [ ya la, sebab tiga bulan konfom bleh cakap jepun dah]
* siapa yg pergi iv tu semata-mata nak cari pengalaman, bagitau je dekat interviewer tu. sebab tak nak buang masa mereka. 


Selepas brief tuh tamat, ada test untuk kami jawab. Pegawai tuh kata senang jer mcm tadika punya. haha. To me, susah kot. Sebab tak dan nak refresh blik otak aku ni. Soalan fizik, chemistry and addmath. so,buatlah persediaan dulu sebelum pi iv tuh. 

Habis jer test tuh, ada sesi iv. iv tuh buat secara pasangan la. aku dapat perempuan so rasa macam lega jgak la mungkin sebab boleh support each other kot. kami kena berbual each other. interviewer tuh suruh tnya pasal nama, kenapa pilih program ni, pernah pergi jepun tak, means pasal diri kita la. aku ada la jgak cari info pasal jepun ni, harap2 bleh jawab la kan. tgok2 interviewer tuh tnya apa produk jepun yg kamu guna dan apa produk jepun yg kamu rasa sngat hebat sbb tadi aku ada sebut japan is the 5th develop country in the world waktu soalan tentang why i choose japan to further my studies? dengar je soalan tuh terus blurr. aku ni guna samsung ja tapi korea brand. aku tau la sony tuh japan brand tapi belambak la jenis sony tuh. so, nasihat aku ni cari la sampai lubang cacing tentang japan ni. ok , kelebihan plak untuk pasangan aku ni. boleh cakap jepun, tadi intro pasal diri cakap jepun jgak sebab interviewer pon bleh cakap jepun. naseb baek interviewer tuh hensem. haha. [ lari dari topik]. pasangan aku pon ada jgak join pameran budaya jepun dan terlibat dalam pelbagai pertandingan yg berkaitan engineering di peringkat antarabangsa. so, credits to her. nasihat yg aku nak beri la kan, waktu masih bergelar pelajar sekolah ni join je apa2 aktiviti tak kira la peringkat apa2 pon. sebab nanti credit untuk kita jgak, pastu dpat jgak bina keyakinan dalam diri kita. tak rugi pon walaupun rasa bnyak dah aktiviti yg masuk, tapi kalau keluar dri sekolah rasa macam kerdil ja sebab ada bnyak lgi pertandingan yg orang lain join yg kita tak bleh duga. 

so, buat persediaan yg sangat rapi kalau ada iv apa2 pon especially mara sebab dia selalu bgi soalan yg makan diri kita balik. cari kelainan dalam diri anda yg tak dak kat orang lain bukan dari segi pakaian, tapi mungkin kelainan macam pasangan saya tuh, boleh cakap bahasa jepun. tak rugi untuk mencuba mana2 iv. kalau tak dapat, jadikan sebagai pengalamn berharga yg orang lain tak pernah rasai pon.

Good luck to you and me. 
hehe

7 comments:

  1. Interview dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. saya pun akan pergi iv akhir bulan ni..tu yg nervous giler nii..mmg dia ade buat test on paper eh?

    ReplyDelete
  3. saya pun akan pergi iv akhir bulan ni..tu yg nervous giler nii..mmg dia ade buat test on paper eh?

    ReplyDelete
  4. Dalam minggu ni insyaAllah keputusan MJHEP keluar, so, meh tunggu dengan debar,, ceh cmm tunggu result SPM haha. Moga dapatlah ea komenter disini and admin.. Mohon berkongsi laman blogger tyvm :3

    warongsains.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ye keluar? sbb saya pun tengah tunggu ni

      Delete
  5. Dah kuar tapi tak boleh login..

    ReplyDelete
  6. Aya Sy Dpt lah..Tgh tunggu Nak gi ni...

    ReplyDelete